Taman Alam Kinta diisytihar Taman Negeri ke-3 Perak | Wilayah

KAMPAR: Kerajaan Perak mengisytiharkan Taman Alam Kinta di Mukim Teja di sini diwartakan sebagai Taman Negeri yang akan dibangunkan sebagai antara produk pelancongan utama di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, berkata ia taman negeri yang ketiga selepas Royal Belum dan Pulau Sembilan yang berada di bawah seliaan Perbadanan Taman Negeri Perak.

“Kerja menaik taraf kemudahan sudah mula dijalankan sejak awal tahun oleh perbadanan dan diwartakan sebagai Taman Negeri pada 6 September lalu dan mula dibuka hari ini.

“Kita telah mewartakan sebanyak 899 hektar dan sebanyak 395 hektar daripadanya dijadikan sebagai Taman Negeri di bawah seliaan Perbadanan Taman Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri program pembukaan Taman Negeri Alam Kinta di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad, mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir merasmikan majlis pembukaannya.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Lee Chee Leong.

Terdahulu, pada majlis berkenaan Saarani dan Nolee Ashilin turut melepaskan benih ikan kawasan kolam taman negeri berkenaan.

Nolee Ashilin berkata, pengisytiharan bertujuan memastikan kegiatan yang dilakukan dalam taman negeri itu mesti mematuhi peraturan dan garis panduan ditetapkan pihak Perbadanan Taman Negeri, sekaligus memastikan sistem ekologi dan khazanah alamnya terpelihara.

Beliau berkata, kawasan berkenaan sememangya sudah mempunyai kehadiran ramai pelancong pada hujung minggu terutama daripada luar negara sebagai lokasi tumpuan bagi segmen melihat burung dan akan menjadi satu santuari burung selain Kuala Gula di daerah Kerian.

READ ALSO  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tambah baik program

Katanya, taman negeri berkenaan dibuka secara percuma kepada pengunjung sehingga hujung tahun ini.

INFO

-Sebanyak lebih 150 spesies burung terutama burung migrasi terdapat di Taman Negeri Alam Kinta antaranya pipit uban, beberek biru, burung rakit, cenuk besar, pucung seriap dan sewah berjambul

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.