Tak perlu ‘tension’ Mat Sabu bertanding di Selangor, kata Amanah

Ia selepas Umno Selangor menyifatkan presiden Amanah itu membawa budaya yang tidak sesuai dengan negeri itu.

Izham-Hashim-mat-sabuPETALING JAYA: Amanah mempersoalkan musuh politiknya mengenai cadangan meletakkan Mohamad Sabu sebagai calon di Selangor, sambil berkata pemimpin veteran itu sesuai bukan sahaja kerana pengorbanannya tetapi juga kerana sudah lama menjadi rakyat negeri itu.

“Ramai tidak tahu bahawa Mat Sabu ini warga Selangor selama hampir 30 tahun. Beliau dan keluarga menetap di Seksyen 19, Shah Alam sejak 1988,” kata Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim.

“Dari segala segi, Bang Mat layak bertanding di Selangor. Kalangan yang tension apabila Mat Sabu bertanding di Selangor tu kenapa ya?” soalnya, merujuk panggilan popular presiden Amanah itu.

Awal bulan ini, Izham ketika berucap pada Konvensyen Amanah Selangor mencadangkan Mat Sabu sebagai calon di negeri itu.

Bagaimanapun, ia dipersoalkan Umno Selangor, yang mendakwa Mat Sabu bukan pemimpin yang sesuai dengan “budaya orang Selangor”.

“Jika kita lihat latar belakang Mat Sabu, dia tidak sesuai untuk rakyat di Selangor dan tidak sesuai untuk dijadikan modal untuk masyarakat,” kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, di sebalik spekulasi Mat Sabu bakal menjadi calon DUN Selangor.

Mat Sabu yang terkenal dengan kelantangannya di Dewan Rakyat, pernah mewakili 3 kawasan Parlimen iaitu Nilam Puri, Kubang Kerian dan Kuala Kedah.

Beliau bagaimanapun gagal mempertahankan kerusinya pada 2004 dan kalah dalam PRU 2008 dan 2013, di Kuala Terengganu dan Pendang.

Semalam, bekas timbalan presiden PAS itu berkata beliau yakin menang di mana-mana kerusi termasuk di Pekan, kerusi yang disandang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

READ ALSO  'Tutup' kepala | Harian Metro

Tokoh politik kelahiran Pulau Pinang itu turut menolak hujah beliau bukan anak jati Selangor.

“Kebanyakan orang luar dari Selangor datang ke negeri ini untuk bekerja dan menetap di sini. Terdapat pemimpin yang bukan anak jati Selangor.

“Tetapi mereka ini dipilih rakyat dalam pilihan raya lepas seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang berasal dari Johor, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula berasal dari Melaka,” katanya.

Sementara itu, Izham berkata Mat Sabu terkenal dengan sifat mesra dan periang serta mudah didekati, dan ini katanya terserlah sekali lagi apabila beliau meraikan Tun Dr Mahathir Mohamad di rumahnya di Seksyen 19, Shah Alam, Rabu lepas.

“Satu perkara yang saya rasa sangat istimewa Bang Mat ialah dia seorang yang sangat mesra, periang dan ramah serta mudah didekati. Apabila dia masak untuk Tun M semalam di rumahnya, itu mungkin pelik bagi sesetengah orang tetapi bagi kami biasa saja. Memang kerap dia masak untuk kami,” kata Izham dalam catatan Facebook.

Semalam, media sosial viral dengan gambar dan laporan Mat Sabu sekeluarga makan malam bersama Dr Mahathir dan isterinya.

Kunjungan bekas perdana menteri itu diiringi kenderaan polis menyebabkan kawasan kejiranan rumah teres 2 tingkat itu bertukar menjadi kecoh.

“Mungkin jiran menyangka saya kena tangkap lagi,” kata Mat Sabu, yang pernah ditahan 2 kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di bawah pentadbiran Dr Mahathir.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.