Tak kisah berkasut tumit tinggi demi kekasih

GAMBAR seorang lelaki memakai kasut tumit tinggi merah jambu milik teman wanitanya di daerah Shapingba, selatan China, selepas mereka bertukar kasut bagi melegakan kesakitan wanita itu, mendapat perhatian ramai apabila dimuat naik ke media sosial.

Menurut laporan Daily Mail, lebih 10,000 pengguna membuat komen mengenai gambar itu yang dirakam seorang wanita menggunakan nama Xie, ketika pasangan terbabit menunggu giliran di sebuah Hospital Xinqiao.

Menurut Xie bersama gambarnya, wanita berkenaan yang mahu berjumpa doktor kelihatan tidak selesa dan mereka sudah bertukar kasut ketika dia menyedarinya.

“Kasut tumit tinggi itu berwarna merah jambu, kelihatan amat ganjil apabila lelaki memakainya.

“Wanita itu mahu menukar kembali kasut mereka namun lelaki itu enggan.

“Bagi saya pengorbanan lelaki itu sesuatu yang menarik demi keselesaan teman wanitanya,” katanya.

Apabila gambar itu disiarkan di internet, bukan Xie seorang beranggapan demikian kerana ribuan lagi membuat komen memuji lelaki berkenaan.

READ ALSO  Pope Francis consulted psychoanalyst in the 70s, says book


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.