Tak jumpa bukti | Harian Metro

PENYELAM Polis Diraja Malaysia (PDRM) menamatkan operasi di Tasik Datuk Keramat, hari ini tanpa penemuan bahan bukti berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah.

Difahamkan selepas selaman lebih tiga jam di tasik itu, mereka tidak menemui objek disyaki dicampak oleh suspek ke dalam tasik itu, antaranya pemutar skru dan beberapa lagi peralatan lain yang boleh dijadikan bukti berhubung siasatan kes kebakaran pusat tahfiz.

Empat anggota dilihat turun ke dalam tasik terbabit bermula 10.30 pagi tadi sebelum menamatkan operasi penyelaman mulai 1.40 tengah hari dan beredar dengan menaiki van.

Menurut sumber polis, mereka melakukan selaman bermula dari tebing tasik di pintu pagar belakang yang digunakan suspek bagi menceroboh pusat tahfiz berkenaan.

“Pencarian dilakukan sehingga 10 meter dari tebing tasik berkenaan tetapi tidak menemui sebarang objek berkaitan yang diperlukan sebagai bukti siasatan kes.

“Keadaan air yang keruh turut menyukarkan operasi pencarian,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Dalam kejadian 5.15 pagi, 14 September lalu, 21 pelajar dan dua guru maut dalam kebakaran di tingkat tiga bangunan sementara pusat tahfiz terbabit.

Susulan itu, polis menahan tujuh lelaki berusia 11 hingga 18 tahun disyaki membakar pusat tahfiz itu.

Berita berkaitan :

Tragedi Tahfiz Ittifaqiyah

READ ALSO  Pogba bakal berehat panjang

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.