Tag: terus

Chong Wei, Mei Kuan-Meng Yean terus mara | Raket

KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bermula langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Denmark, awal pagi tadi. Kejayaan itu hadir selepas Chong Wei yang juga pilihan ketujuh kejohanan menewaskan pemain Sepanyol, Pablo Abian 21-12, 21-16 dalam aksi pusingan pertama yang berlangsung dalam tempoh 37 minit. Kemenangan itu menyaksikan Chong Wei […]

Baca Lebih Lanjut

Nak terus cari MH370 | Harian Metro

MALAYSIA sedang berundingan dengan satu firma pencarian dasar laut berpengkalan di Amerika, Ocean Infinity untuk kembali mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370. MH370 hilang tiga tahun lalu di Lautan Hindi dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur bersama 239 penumpang. Kehilangannya menjadi satu misteri bagi industri penerbangan dunia. Malaysia, Australia dan China membelanjakan kira-kira US$200 juta […]

Baca Lebih Lanjut

KPTM terus lahirkan graduan berdaya saing | Nasional

BANGI: Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui agensi pendidikan seperti Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) akan terus menumpukan kepada usaha melahirkan modal insan dengan nilai kebolehpasaran tinggi sejajar dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50). KPTM melalui Program Transnasional dengan Dublin Business School Ireland misalnya, turut menawarkan program ijazah sarjana muda perakaunan dan kewangan (BAFF) sebagai batu loncatan kepada […]

Baca Lebih Lanjut

Dayang terus unggul | Harian Metro

“Kemenangan ini sangat besar maknanya bagi saya, apatah lagi ia mengiktiraf hasil kerja penyanyi dan lagu dari rantau nusantara,” kata Dayang Nurfaizah mengenai kemenangan besarnya di Anugerah Planet Muzik 2017 (APM201), Sabtu malam. Dayang juga menyifatkan kemenangan dua anugerah utama kategori terbaik di majlis Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017) berlangsung di MES Theatre at Mediacorp, […]

Baca Lebih Lanjut

‘Bolehlah untuk terus aktif’ | Harian Metro

Meskipun masa berlalu, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu arahan Othman Hafsham yang diterbitkan pada 1985 tidak pernah jemu ditonton. Buktinya, banyak pengguna laman sosial Facebook berkongsi pautan sitkom ini yang boleh ditonton di saluran YouTube. Sitkom ini berjaya mencipta populariti buat Imuda, Allahyarham Zami Ismail (Pak Uda), Allahyarham Muhammad Abdullah (Pak Busu), Wan […]

Baca Lebih Lanjut

Penerbangan terus ke Terengganu dari Shenzen, Guangzhou tahun depan | Wilayah

KUALA TERENGGANU: Dua syarikat penerbangan China berminat mengadakan penerbangan terus dari Shenzhen dan Guangzhou ke Kuala Terengganu. Pengarah Tourism Malaysia di Guangzhou, Sharon Ho, berkata dua syarikat penerbangan itu dijangka memulakan kerjasama penerbangan terus itu April tahun depan sekiranya segala proses berjalan lancar, dengan kekerapan antara tiga dan empat kali seminggu. Beliau berkata, ketika ini […]

Baca Lebih Lanjut

Matic tekad terus julang United | Bola

LONDON: Nemanja Matic berkata, penyokong Manchester United belum melihat permainan terbaiknya susulan aksi ‘tarik menarik’ ketika jendela perpindahan yang mengakibatkan persiapan pra-musimnya terganggu. Matic menyertai United daripada kelab pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea pada perpindahan musim panas lalu dengan nilai STG40 juta (RM224.82 juta). Perpindahannya dilihat cukup mengejutkan malah ramai pengkritik mempersoalkan keputusan penyandang […]

Baca Lebih Lanjut

Polis Johor terus gempur pusat judi | Kes

JOHOR BAHRU: Sebanyak 331 serbuan membabitkan jumlah tangkapan seramai 1,985 orang dilakukan Polis Johor sepanjang Ops Dadu Khas bermula Julai sehingga September lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata daripada jumlah serbuan itu polis turut merampas 6,364 mesin perjudian haram membabitkan nilai rampasan berjumlah RM3,182 dan wang tunai sebanyak RM131,268. […]

Baca Lebih Lanjut