Surau terbakar selepas solat Asar








TERKINI

Surau terbakar selepas solat AsarSurau terbakar selepas solat Asar

28/09/2017 8:45pm

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN


Bomba sedang memadamkan api di Surau Kampung Relung yang terbakar hari ini.

REMBAU – Sejumlah jemaah di Surau Kampung Relung di Chengkau dekat sini berdepan detik cemas apabila surau itu musnah terbakar, petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata, difahamkan, kejadian malang pada pukul 4.40 petang tersebut berlaku selepas jemaah selesai mengerjakan solat Asar.

Menurut beliau, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Tampin bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera sebaik menerima panggilan pukul 4.41 petang.

“Setibanya di lokasi kira-kira 15 minit kemudian, api sudah marak membakar surau berkenaan.

“Meskipun kerja pemadaman dilakukan dengan pantas, surau berukuran 487 meter persegi itu tidak dapat diselamatkan kerana hampir keseluruhan surau dibina daripada kayu,” katanya.

Tambahnya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.13 petang.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dalam kalangan jemaah dilaporkan. Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” jelasnya. –







READ ALSO  Syed Saddiq cabar Hamidah, Kamarulzaman saman | Politik


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.