Surau terbakar selepas jemaah selesai solat

REMBAU 28 Sept. – Beberapa jemaah yang baru selesai menunaikan solat Asar sempat menyelamatkan diri sebelum surau di Kampung Relung di Chengkau dekat sini terbakar petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan berkata, kejadian pada pukul 4.40 petang itu menyebabkan Keseluruhan surau tersebut musnah.

Menurut beliau, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Tampin bergegas ke lokasi kejadian bersama dua jentera sebaik menerima panggilan pukul 4.41 petang.

“Apabila tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian, api sudah marak membakar surau berkenaan.

“Walaupun kerja memadamkan api dilakukan dengan pantas, surau berukuran 487 meter persegi itu tidak dapat diselamatkan kerana hampir keseluruhan surau dibina daripada kayu,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 5.13 petang dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Jiran jerit rumah terbakar | Harian Metro

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.