Sultan Selangor berkenan lancar Klinik bergerak Wakaf Selangor Muamalat








TERKINI

Sultan Selangor berkenan lancar Klinik bergerak Wakaf Selangor MuamalatSultan Selangor berkenan lancar Klinik bergerak Wakaf Selangor Muamalat

29/09/2017 4:07pm

Oleh SUHANA MD. YUSOP


Sultan Sharafuddin Idris Shah (kanan) berkenan meninjau keadaan dalam klinik bergerak Wakaf Selangor Muamalat hari ini.

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan tiga klinik bergerak Wakaf Selangor Muamalat yang menawarkan perkhidmatan antaranya pemeriksaan tekanan darah, kencing manis dan penglihatan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Klinik bergerak yang diwujudkan oleh Wakaf Muamalat Selangor itu merupakan kolaborasi dengan Hospital Pakar KPJ Damansara dan KPJ Perdana, Kota Bharu, Kelantan selain Hospital Pakar Antarabangsa Beacon, Petaling Jaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, melalui kolaborasi ini, pihaknya akan menyediakan kenderaan yang diubah suai menjadi klinik bergerak manakala pihak hospital menyediakan petugas dan ubat-ubatan.

“Sehingga kini, klinik tersebut telah beroperasi di beberapa buah masjid, pangsapuri, depoh tahanan dan pusat khidmat masyarakat di beberapa daerah di negeri ini.

“Klinik ini menawarkan rawatan antaranya pemeriksaan tekanan darah, kencing manis, penglihatan, fizikal dan khidmat konsultansi,” katanya di sini hari ini. –







READ ALSO  Semua kad boleh bikin | Harian Metro

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.