Strategi tarik pelaburan asing berkualiti tinggi untuk Bajet 2018 – PM

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Strategi menarik pelaburan asing berkualiti tinggi menjadi satu daripada cadangan-cadangan atau inisiatif yang dibincangkan kerajaan untuk penyediaan Bajet 2018.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif tersebut dan beberapa inisiatif lain turut dibincangkan kerajaan untuk Bajet 2018 yang menyeluruh untuk rakyat.

“Bersama Lembaga Pengarah Bank Negara Malaysia hari ini untuk taklimat mengenai perkembangan ekonomi dan ramalan 2018. Taklimat kali ini lebih meluas dan menyentuh pelbagai perkara termasuk penyediaan Bajet 2018.

“Pelbagai cadangan dan inisiatif dibincangkan termasuk berkaitan pekerjaan, perumahan, pengurusan fiskal negara, strategi untuk menarik pelaburan asing berkualiti tinggi dan banyak lagi. Insya-Allah, semua untuk Bajet 2018 yang holistik untuk rakyat dan untuk Malaysia,” katanya dalam status laman Facebook hari ini.

Bajet 2018 akan dibentangkan di Parlimen pada 27 Oktober hadapan. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Undangan Trump bukti Malaysia 'bintang bersinar': PM | Nasional

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.