SPRM sedia terima kritikan tetapi jangan biadab

IPOH 29 Sept. – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menegaskan pihaknya terbuka untuk menerima kritikan namun ia harus dibatasi dengan adab sebagai rakyat Malaysia.

Beliau berkata, perumpamaan ‘monyet’ yang diberikan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadapnya adalah melampau dan biadab kerana menggunakan perkataan tidak bertamadun.

Sehubungan itu, Dzulkifli mahu rakyat di negara ini menilai sendiri adab bicara pemimpin DAP tersebut.

“Saya hendak rakyat Malaysia menilai Kit Siang dengan perkataan yang digunakan itu (dengan membuat perumpaaan sebagai monyet). Nilailah adab bicara Kit Siang tersebut.

“Adakah itu budaya Malaysia? Biar rakyat menilainya. Kita terbuka untuk menerima kritikan tetapi jangan melampau dan biadab. Kita ada adab. Kita rakyat Malaysia yang beradab.

“Perkataan yang digunakan itu adalah perkataan yang tidak bertamadun. Jadi, biar rakyat Malaysia menilai, itukah seorang pemimpin?,” soalnya.+

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perasmian Mural Pencegahan Rasuah yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Bangunan SPRM sempena Kembara Jelajah Anti Rasuah (Kejar ‘17) di sini hari ini.

Dzulkifli mengulas kenyataan Kit Siang yang membidasnya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Kit Siang mendakwa, Dzulkifli harus menyedari bahawa jika beliau bertindak seperti monyet yang mempunyai mata tetapi tidak melihat, ada telinga tetapi tidak mendengar dan mulut tetapi tidak berbicara mengenai skandal 1MDB, beliau akan menjadikan SPRM sebagai agensi anti-rasuah kleptokratik pertama di dunia. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Separuh nama calon BN sudah diserah pada SPRM, kata Najib

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.