SPRM bantah JITN

SUNGAI PETANI 26 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membantah penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) yang disifatkan akan menyebabkan pertindihan skop kerja dengan agensi sedia ada.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya melihat tiada keperluan untuk jabatan baharu itu ditubuhkan yang mana mempunyai peranan seperti SPRM, Institut Integriti Malaysia,  Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

“Saya rasa tidak perlu (menubuhkan JITN) kerana apabila menubuhkan jabatan baharu akan melibatkan penambahan staf dan bajet sedangkan kita ada pelbagai agensi sedia ada seperti SPRM, Suhakam, Institut Integriti, Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan.

“Saya tidak nampak keperluan baharu untuk diwujudkan JITN… apa yang sepatutnya dilakukan adalah menambahbaik dan memperkukuh agensi-agensi sedia ada dari sudut perundangan dan keanggotaan.

“Malahan, kalau mahu dilihat secara betul isu ini, kerajaan seharusnya melihat dari sudut kebajikan terutama agensi penguat kuasa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah Agensi Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kelulusan kabinet pada bulan lalu menaiktaraf Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri sebagai jabatan penuh yang dikenali sebagai JITN. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Anies angkat sumpah Gabenor Jakarta hari ini

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.