SPRM akan panggil pegawai kementerian bantu siasatan | Nasional

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi saksi dari Kementerian Sumber Manusia bagi memberi keterangan berhubung isu penyelewengan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata beberapa lagi saksi dan individu dipanggil bagi memberi keterangan kerana pada kebiasaannya keputusan sesuatu tindakan oleh kementerian tidak dibuat bersendirian.

“Sudah tentu akan ada (saksi dan individu dipanggil beri keterangan) sebab segala dokumen berada di sana (kementerian) dan keputusan bukan babitkan seorang sahaja dan kita akan panggil mereka untuk lengkapkan siasatan.

“Pagi tadi, SPRM panggil menteri berkenaan untuk dirakam percakapan dan kita akan teliti lagi keterangan daripada setiausaha politik dan menteri.

“Sekiranya ada keperluan, kita akan panggil saksi lain yang berkaitan untuk bantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR ’17) Sempena Ulang Tahun Penubuhan BPR/SPRM ke-50 dan Majlis Perasmian Mural Pencegahan Rasuah SPRM Perak di Bangunan SPRM Perak di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pagi tadi, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot, hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi memberi keterangan berhubung isu penyelewengan PTPK.

Semalam, setiausaha politiknya direman enam hari bagi membantu siasatan penyelewengan dana kerajaan RM40 juta untuk PTPK.

Pada 14 September lalu, empat individu termasuk Ketua Eksekutif PTPK bergelar Datuk dibebaskan dengan jaminan selepas ditahan.

READ ALSO  Bekas pegawai bank mengaku tidak bersalah | Kes

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.