SPNB bantu pusat tahfiz dalam aspek keselamatan

KOTA BHARU 28 Sept. – Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bersedia untuk memberi khidmat nasihat kepada pusat-pusat tahfiz di seluruh negara ini berhubung aspek keselamatan.

Pengerusinya, Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin berkata, pihaknya boleh membantu memberi panduan berkaitan pembinaan bangunan mengikut spesifikasi keselamatan yang ditetapkan.

“Sekiranya pusat-pusat tahfiz memerlukan panduan berkaitan aspek keselamatan bangunan, kita boleh mempertimbangkan.

“Kita akan meneliti perkara ini dalam membantu pusat-pusat tahfiz di seluruh negara dari segi khidmat nasihat atau kaunseling,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-Royong Merdeka ‘Negaraku Sehati Sejiwa – Sihat dan Bersih peringkat negeri di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir.

Dalam pada itu, Mohamed Hasnan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu berkata, tahap kebersihan di bandar ini masih lagi berada pada tahap yang tidak memuaskan.

“Kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kot Bharu – Bandaraya Islam (MPKB-BRI) perlu mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan kerana banyak penyakit yang berpunca daripada sampah-sarap.

“Proses kutipan sampah juga di tahap tidak memuaskan dan MPKB-BRI perlu melakukan penambahbaikan dalam menjaga kebersihan bandar serta negeri ini,”katanya.

Tambah beliau, penyediaan tong sampah di kawasan bandar ini juga kurang sehingga berlaku timbunan sampah sarap dan berbau. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Jurulatih dituduh rogol | Harian Metro


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.