SkillCT Fest cungkil kemahiran pelajar politeknik

ARAU 26 Sept. – Kira-kira 2,000 pelajar dan juga pensyarah politeknik dari seluruh negara berkampung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Pauh di sini untuk mengikuti program Skill Challenge and Tourism Festival 2017 (SkillCT Fest 2017).

Pegawai Perhubungan Awam PTSS, Shahril Annuar Ahmad berkata, program ini diadakan dari 24 September sehingga esok di Dewan Harumanis dan sekitar PTSS mulai pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang.

Beliau berkata, sempena festival itu diadakan pelbagai program seperti PolySkill, Poly E-Cup, Perlis Photo Festival, Edutourism dan Agro Bazaar.

Katanya, kesemua program tersebut disusun untuk melahirkan lebih ramai graduan Bidang Latihan Teknikal dan Pendidikan Vokasional (TVET) seperti yang diinginkan kerajaan.

Tambahnya, pelajar juga turut didedahkan dengan bidang keusahawan menerusi Agro Bazaar.

Ia termasuk pelajar Semester Dua Diploma Pengurusan Acara yang diketuai Nur Afiqah Abdul Hamid, 19, dengan 32 rakan sekuliahnya yang menjual sate dan lokcing.

Nur Afiqah berkata, semalam mereka menjual kuih pau yang laris sehingga habis stok.

Beliau berkata, dengan berniaga, mampu melatih pelajar untuk berkomunikasi dan tidak malu dengan pelanggan. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Nadal saman bekas Menteri Sukan Perancis | Raket

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.