Sindrom penafian punca kes dadah meningkat – Lam Thye | Wilayah

ALOR SETAR: Sindrom penafian berisiko menjadi barah yang boleh menyebabkan peningkatan kes penyalahgunaan dadah di negara ini.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye , berkata sindrom penafian lazim dalam kalangan ahli keluarga khususnya ibu bapa mengenai penagihan dadah oleh anak masing-masing.

“Sewajarnya ia dihentikan segera jika semua pihak mahu melihat negara terus aman dan maju. Sikap ini bukan sahaja membabitkan ibu bapa, malah guru di sekolah untuk jaga nama baik keluarga atau sekolah, sedangkan impaknya kepada negara adalah lebih besar.

“Sindrom ini akan memudaratkan keluarga, masyarakat dan negara jika tidak dibendung. Jadi saya gesa ibu bapa dan guru hentikan sikap ini demi generasi akan datang.

“Dadah terbukti boleh merosakkan ekonomi negara serta keamanan yang kita kecapi. Ibu bapa berdiam diri, anak mereka akan mula mencuri barang berharga di rumah dan kejiranan sehingga akhirnya masyarakat tidak aman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Rakyat Sihat Tanpa Dadah (Bersama Memerangi Dadah) di Dewan Kebajikan Penduduk Taman Setia Jaya, di sini hari ini.

Lam Thye berharap penjaga serta guru mengambil inisiatif mendedahkan pembabitan anak dan pelajar dengan dadah, khususnya kepada pihak berkuasa serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Ia supaya tindakan sewajarnya dapat diambil,” katanya yang turut menggesa semua parti politik termasuk pembangkang, berganding bahu menyelesaikan isu penyalahgunaan dadah.

Katanya, dadah tidak harus menjadi isu politik untuk menuding jari antara satu sama lain, sebaliknya agenda setiap parti bagi bersama-sama membanteras ‘musuh’ negara itu.

“Setiap parti politik perlu menunjukkan kerjasama supaya rakyat tidak fikir ia hanya tanggungjawab pihak tertentu. Apabila semua parti politik bersatu, secara tidak langsung rakyat sendiri akan bersatu tangani isu ini.

READ ALSO  Dituduh riak, Nabil terkilan

“Kita sudah sampai satu peringkat yang sangat serius dan membimbangkan. Hanya dengan pendekatan bersepadu dan kerjasama semua pihak, ia boleh dibendung,” katanya.



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.