Siasat segera pemilik tong silinder klorin – Idris | Kes

MELAKA: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengarahkan siasatan segera dibuat, termasuk mengenal pasti pemilik yang bertanggungjawab meletakkan tujuh tong silinder klorin dipercayai sebagai punca 50 penduduk Kampung Tambak Paya, di sini, terhidu gas beracun, petang semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selaku pihak berkuasa tempatan untuk mengkaji sebarang peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas pihak tidak bertanggungjawab itu sehingga mengabaikan aspek keselamatan, terutama penduduk awam.

Ia susulan, sebanyak tujuh tong silinder seberat satu tan setiap satu dipercayai mengandungi gas klorin dikesan ditinggalkan di sebuah rumah kosong sebelum satu daripada tong dipercayai mengeluarkan bahan kimia berbahaya.

IDRIS Haron ketika sidang media lawatannya ke Hospital Melaka untuk melawat mangsa-mangsa yang terhidu gas daripada bahan kimia dipercayai klorin yang dibuang di Kampung Tambak Paya. – Foto Khairunisah Lokman

“Sebaik menerima maklumat awal mengenai bencana (gas beracun) yang melanda penduduk Kampung Tambak Paya, saya mengarahkan Jawatankuasa Bencana Melaka diwujudkan segera dipengerusikan Datuk Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah, Datuk Zainal Hussin.

“Malah, Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan turut bertindak segera dengan mengarahkan penduduk yang terletak di bawah radius tiga kilometer dari lokasi kejadian untuk dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tambak Paya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat mangsa yang terbabit di Hospital Melaka, awal pagi tadi.

Sehingga jam 1.30 pagi tadi, seramai 32 mangsa ditempatkan di Zon Merah dan Zon Kuning di Hospital Melaka, manakala 18 lagi ditempatkan di Hospital Jasin.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, kira-kira 250 penduduk berkenaan diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing oleh pihak bomba atas faktor keselamatan.

READ ALSO  Wisel kecil tersangkut di tekak

Difahamkan, maklumat awal kejadian melaporkan seramai 24 penduduk, termasuk tiga anggota bomba terpaksa dikejarkan ke Hospital Melaka kerana sesak nafas dipercayai selepas terhidu gas klorin.

Idris berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak keselamatan, termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pegawai perubatan serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) susulan tindakan pantas menyelamatkan mangsa kejadian berkenaan.

“Kita menasihatkan penduduk khususnya yang terletak di lingkungan radius kejadian supaya akur dengan arahan perpindahan sementara bagi menjamin keselamatan,” katanya.

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.