Siasat polis terlibat kegiatan judi

JOHOR BAHRU 27 Sept. – Polis Johor akan menyiasat dakwaan seorang pegawai polis kontinjen ini yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengusaha judi sebagaimana yang tular di media sosial.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Khader Mohd. berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang mengutarakan satu video klip yang telah tular berkaitan dakwaan penglibatan anggotanya dengan kegiatan perjudian tersebut.

“Siasatan segera secara terperinci dan telus akan dijalankan ke atas dakwaan tersebut dan ditegaskan pihak polis tidak akan berkompromi di atas kecuaian dan kegagalan pegawai serta anggotanya dalam memartabatkan integriti.

“Tindakan tegas akan diambil jika siasatan membuktikan penglibatan sebagaimana ditularkan adalah benar,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Ibu bapa beri lesen besar

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.