Siapa lebih hebat – Conte atau Guardiola? | Bola

KOLUM APA KATA EPL

Pertemuan antara dua gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) – Chelsea dan Manchester City – di Stamford Bridge tengah malam ini, bakal menjadi tumpuan bagi saingan hujung minggu ini.

Sudah pasti kita jangkakan ia mampu menjadi perlawanan sengit dan berharap ia bakal aksi terbaik bagi musim ini.

Keputusan perlawanan ini penting bagi kesinambungan kedua-dua pasukan bagi mengharungi baki saingan musim ini.

Chelsea menyambut kunjungan City selaku juara bertahan, manakala skuad bimbingan Pep Guardiola pula sebagai pendahulu liga dengan 16 mata.

The Citizens ketika ini berada di depan lawannya dengan kelebihan tiga mata selepas enam aksi.

Guardiola memerlukan tiga mata bagi aksi ini kerana ketika ini hanya dipisahkan menerusi jaringan dengan Manchester United, untuk kekal di persada. Chelsea turut mendambakannya bagi mencapai misi ke puncak.

Musim lalu, Antonio Conte atau Guardiola muncul buat kali pertama dalam kancah EPL.

Tampil dengan rekod pencapaian dan pengalaman hebat, kedua-duanya menjadi tumpuan, namun di penghujung saingan, Conte mendapat sanjungan.

Dia berjaya mengemudi Chelsea merangkul kejuaraan EPL dan sebaliknya, Guardiola kempunan sebarang gelaran – berbeza dengan apa dicapainya ketika membimbing Barcelona dan Bayern Munich sebelumnya.

Sebelum pertemuan ini, Chelsea berjaya menjinakkan Atletico Madrid, 2-1, manakala City mengatasi Shakhtar Donetsk, 2-0 dalam saingan Liga Juara-Juara, bagi mereka mencatat dua kemenangan berturut-turut.

Lewat malam ini, selain lakaran strategi hebat Conte dan Guardiola, kita juga mengharapkan untuk melihat pertembungan aksi bintang sensasi, Sergio Aguera dan Alvaro Morata berentap.

Pun begitu, sama ada ia akan berlaku, bergantung kepada keadaan Aguero. Dia dilaporkan terbabit kemalangan di Amsterdam, lewat malam kelmarin. Tidak dapat dipastikan keadaannya yang sebenar, namun difahamkan kecederaannya serius.

READ ALSO  Anggota unit ronda polis didakwa bermesra dengan gadis

Selain Aguero-Morata, persaingan juga dijangka berlaku antara Pedro dan Eden Hazard dengan Gabriel Jesus atau Raheem Sterling.

Siapakah antara mereka yang bakal mencuri perhatian pada aksi dua calon juara ini?

Apapun, satu lagi calon juara, Tottenham Hotspur berpeluang memintas Chelsea di tempat ketiga liga, sekurang-kurangnya untuk tempoh enam jam andai kata mampu menjinakkan Huddersfield di laman lawannya itu, malam ini.

Sebelum aksi pada jam 7.30 malam itu, Spurs menduduki tangga keempat liga dengan himpunan 11 mata

Dalam pada itu, United pula dijangka tiada masalah mengutip mata penuh apabila melayan kunjungan pasukan tercorot liga, Crystal Palace, malam ini (waktu Malaysia) meskipun turun tanpa beberapa tonggak, termasuk Paul Pogba akibat cedera.

Liverpool yang berjaya menebus kekecewaan di tangan Leicester City minggu lalu, kali ini berkunjung ke St James Park bertemu pasukan Rafa Benitez untuk memburu kemenangan kedua berturut-turut selepas peraga persembahan buruk sebelum itu.

Selamat menonton.

Penulis – Amirullah Andi Nur adalah Penolong Editor Sukan BH

Ramalan Minggu Ketujuh

Huddersfield 1 Tottenham 3

Bournemouth 3 Leicester City 2

West Brom 1 Watford 2

West Ham 1 Swansea City 3

Stoke City 1 Southampton 2

Man United 5 Crystal Palace 0

Chelsea 1 Man City 1

Arsenal 3 Brighton 0

Everton 1 Burnley FC 1

Newcastle 1 Liverpool 2

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.