Separuh nama calon BN sudah diserah pada SPRM, kata Najib

Najib berkata nama calon BN yang disahkan bertanding dihantar ke SPRM bagi tujuan saringan rasuah dan salah guna kuasa.

najib-sprmKUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memaklumkan Barisan Nasional (BN) sudah menghantar senarai bakal calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tujuan saringan rasuah dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun Najib berkata hanya disahkan bertanding diserahkan kepada SPRM.

“Sebahagian nama sudah ada pada SPRM, manakala sebahagian lagi nama calon sudah ada tapi masih di peringkat untuk disahkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara hari ini.

Beliau turut memaklumkan setakat ini hanya BN sahaja yang menghantar senarai calon untuk saringan SPRM dan tidak ada satu parti pembangkang berbuat demikian.

Semalam, Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan kewajaran menghantar senarai nama calon yang akan bertanding pada PRU14 kepada SPRM.

Beliau mengakui pakatan pembangkang itu tidak berbuat demikian kerana mereka mempunyai cara tersendiri menyaring calon masing-masing.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula berkata parti Islam itu juga tidak berhasrat menghantar senarai nama calon kerana saringan Majlis Syura sudah memadai.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata pihaknya sedia membantu parti politik memastikan calon yang bakal bertanding nanti bebas rasuah.

”Tiada paksaan kepada parti politik yang enggan melakukannya. Itu komitmen sesebuah parti menghantar nama bakal calon untuk saringan bebas rasuah dan salah guna kuasa supaya pemimpin dipilih rakyat kelak adalah bersih,” katanya.

Comments

READ ALSO  Timbalan Perdana Menteri ziarah pesakit kronik

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments



Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.