Seoul jangka Pyongyang tingkat provokasi | Asia

SEOUL: Korea Selatan menjangka Korea Utara melakukan lebih banyak tindakan provokasi bulan depan sejajar ulang tahun penubuhan Parti Komunis dan Kongres Parti Komunis China.

Dalam satu pertemuan dengan Presiden Moon Jae-In hari ini, penasihat keselamatan negara, Chung Eui-yong, berkata beliau menjangka Pyongyang akan mula bertindak antara 10 hingga 18 Oktober, namun tidak memberikan butiran lanjut.

“Laporan Eui-yong juga menyatakan wujud kebimbangan berhubung konflik ketenteraan tercetus akibat insiden tidak sengaja.

“Presiden berkata, Amerika Syarikat (AS) bercakap mengenai pilihan ketenteraan dan diplomatik namun Korea Selatan tidak sanggup melalui peperangan lagi,” kata seorang pembuat dasar dan ketua jurucakap Parti Demokratik, Park Wan-ju.

Ketegangan di Semenanjung Korea memuncak sejak beberapa minggu lalu ketika pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dan Presiden Donald Trump bertukar retorik keras ancaman dan kecaman berhubung program pembangunan peluru berpandu dan senjata nuklear Pyongyang.

Pyongyang menuduh Trump mengisytiharkan perang selepas beliau memberi amaran rejim Jong-Un tidak akan bertahan lama selagi terus mengancam AS dan sekutunya selepas memberi amaran Korea Utara akan musnah jika berlaku peperangan.

Pyongyang menjalankan ujian nuklear keenam dan terbesar pada 3 September lalu serta melancarkan berpuluh peluru berpandu tahun ini ketika ia mempercepatkan program membolehkannya menyasar AS dengan peluru berpandu nuklear.

Wan-ju berkata, Jae-In memaklumkan mesyuarat bahawa Washington dan Seoul bersetuju tekanan perlu dikenakan ke atas Korea Utara namun pintu rundingan masih terbuka.

Eui-yong berkata, AS dan Korea Selatan bersetuju terhadap kerahan aset strategik AS ke Seoul, paling cepat akhir tahun ini. Jenis aset bagaimanapun tidak diperincikan.

Jae-In berkata, adalah tidak wajar membincangkan isu kerahan senjata nuklear di Korea Selatan. – Reuters

READ ALSO  23 wanita warga Vietnam diselamatkan | Kes

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.