Seorang lagi mangsa meninggal dunia

SEORANG lagi penumpang kereta yang bertembung dengan lori membawa muatan tanah di Kampung Sungai Soi, Kuantan, hari ini, meninggal dunia kira-kira 8 malam tadi.

Mangsa dikenali Awang Ariffin, 76, disahkan meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Awang adalah suami kepada Kelsom Hamat, 66, yang maut di lokasi kejadian bersama pemandu Proton Iswara, Tuan Mohd Zulhaizee Tuan Temeran, 38, yang juga anak tirinya.

Dalam kejadian 4.50 petang itu, lori muatan 12 tan dikatakan dipandu dari arah Sungai Soi ke Kuantan sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan melanggar Proton Iswara dipandu Tuan Mohd Zulhaizee.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan Md Yusof Husin berkata, pihaknya menerima panggilan 4.54 petang sebelum tiba ke lokasi kejadian 18 minit kemudian.

Berita berkaitan

• ‘Dua beranak maut’

READ ALSO  Kesamarataan ekonomi mantapkan Malaysia - Abang Johari | Nasional


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.