Sentuhan magis empat sahabat [METROTV]

Kuala Lumpur: Dulu mereka bersaing, namun kini menjadi sahabat yang bersama-sama menyertai pelbagai pertandingan seni ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam dan luar negara sehingga mampu memiliki lebih 50 koleksi piala dan pingat kemenangan dan pada masa sama mengharumkan nama negara.

Sentuhan magis empat sahabat yang juga cef iaitu Hidir Musa, 35, Ahmad Nurshafiq Amir Luddin, 28, Bernard Ting, 24, dan Muhammad Afiq Abdullah, 30, terbukti ‘meletup’ tatkala jari jemari mereka ‘menari’ mengukir dan disudahi dengan hasil yang mempesonakan.

Menurut Hidir, dia bertemu tiga sahabatnya itu ketika mereka bersaing dalam satu pertandingan ukiran buah-buahan dan sayur-sayuran di Pulau Pinang pada 2015.

“Dua tahun lalu, kami bersaing sesama sendiri dalam satu pertandingan. Dari situ kami lihat masing-masing ada keistimewaan tersendiri menyebabkan kami dapat mencipta keserasian selain mula berkongsi idea dan teknik ukiran buah dan sayur,” katanya yang juga pakar mengukir air batu.

Hidir yang bekerja sepenuh masa sebagai cef berkata, mereka mula menyertai pertandingan di luar negara seperti Indonesia, Thailand dan Hong Kong sejak dua tahun lalu.

“Setiap tahun kami tidak akan lepaskan peluang untuk sertai pertandingan hingga kami berjaya mendapat lebih 50 piala dan pingat,” katanya yang berasal dari Masai, Johor.

Bagi Ahmad Nurshafiq yang bekerja sebagai pensyarah kulinari di Kolej Imperia, Kuantan, dia mahu mendidik anak muda dalam bidang itu hingga boleh berjaya di peringkat antarabangsa.

“Saya pernah kecewa apabila ada orang dari negara luar menganggap Malaysia tiada kepakaran dalam bidang itu.

“Selepas itu, saya nekad untuk menang dalam sebarang pertandingan yang ada kaitan dengan bidang itu supaya dapat dijadikan platform untuk memberi pendedahan kepada anak muda mengenai seni ukiran buah-buahan dan sayuran,” katanya yang pakar dalam menghasilkan ukiran berbentuk patung dan haiwan dengan menggunakan buah-buahan dan sayuran seperti lobak, labu dan tembikai.

READ ALSO  Ibu berkorban demi anak Cerebral Palsy | Nasional

Sementara itu, Bernard yang memiliki studio seni makanan di Manjung, Perak berkata, ketelitian sangat penting dalam menghasilkan ukiran buah-buahan dan sayuran.

“Banyak elemen yang diperlukan bagi menggabungkan suatu hasil yang harmoni termasuk pemilihan warna,” katanya.

Muhammad Afiq pula berkata, pemilihan pisau juga menjadi ukuran kepada kehalusan hasil kerja tangan itu.

“Pisau serendah RM5 pun boleh digunakan untuk menghasilkan ukiran, namun yang utama adalah kreativiti,” katanya.

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.