Sembilan pusat pemindahan banjir masih beroperasi di Perlis








TERKINI

Sembilan pusat pemindahan banjir masih beroperasi di PerlisSembilan pusat pemindahan banjir masih beroperasi di Perlis

25/09/2017 5:09pm

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM


Paras air Empangan Timah Tasoh, Padang Besar, Perlis masih stabil dengan hanya empat buah pintu air dibuka berbanding enam keseluruhan.

KANGAR – Bilangan mangsa banjir di Perlis semakin berkurangan apabila hanya 1,361 daripada 371 keluarga yang masih mendiami sembilan pusat pemindahan di sini dan Arau.

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Bencana Negara Negeri Perlis sehingga pukul 4 petang hari ini, 16 pusat pemindahan telah ditutup.

Sembilan pusat pemindahan yang masih beroperasi 24 jam ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong, SK Panggau, SK Seri Perlis, Dewan Orang Ramai Kota Keran, Dewan Orang Ramai Pengkalan Asam dan Dewan Orang Ramai Taman Seri Pilihan di sini.

Sementara itu, di Arau dekat sini, empat pusat pemindahan masih beroperasi iaitu Dewan Orang Ramai Padang Petani, SK Kampung Serdang dan SK Long Boh.

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan di Empangan Timah Tasoh, Padang Besar dekat sini hari ini, paras air masih dalam keadaan stabil.

Sebanyak empat pintu air dibuka berbanding keseluruhan enam pintu.

Cuaca cerah di Perlis sehingga pukul 5 petang hari ini. –







READ ALSO  Lelaki dan wanita Bajau Laut ditahan kes buru penyu secara haram

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.