Selangor pertahan Azmin tarik pelabur China

Ia susulan Budiman Mohd Zohdi membidas lawatan MB Selangor ke China dan menuduh pembangkang hipokrit.

survei-malaysia-2017-elizabeth-1SHAH ALAM: Seorang Exco Selangor mempertahankan lawatan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke China untuk menarik pelaburan ke negeri itu dan membidas kritikan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata kenyataan Budiman itu tidak cerdik dan cuba mengalih perhatian rakyat.

“Kerajaan negeri khasnya menteri besar (Azmin) pergi ke China untuk menjalinkan persahabatan dan hubungan baik antara 2 negara dan mendapatkan pelaburan tambahan untuk Selangor.

“Itu satu tanggungjawab setiap menteri besar dan khasnya di Selangor, bukan pergi ke China sahaja tetapi ke negara Eropah, China, India dan sebagainya.

“Saya rasa Budiman cakap seperti itu untuk mengalih pandangan berbanding lawatan perdana menteri (Datuk Seri Najib Razak) ke Amerika Syarikat (AS),” katanya ketika ditemui di Institut Darul Ehsan.

Semalam, Budiman membidas pembangkang hipokrit kerana mengkritik lawatan perdana menteri ke China tidak menguntungkan negara, sedangkan pemimpin Pakatan Harapan sendiri cuba menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ditadbir mereka.

Adun Sungai Panjang itu merujuk lawatan Azmi ke China untuk menarik pelaburan ke negeri itu, selain kerajaan Pulau Pinang yang turut mendapat pinjaman Beijing bagi menampung perbelanjaan pembangunan di negeri terbabit.

Mengulas lanjut, Elizabeth berkata terdapat perbezaan ketara antara lawatan Azmin ke China dan Najib ke AS.

Katanya, Azmin ke China untuk dapatkan pelaburan, bukannya untuk menyerahkan sumbangan.

“Kalau lihat perdana menteri ke AS sebagai contoh, kita tidak tahu ada pelaburan apa tetapi menawarkan hasrat kerajaan untuk gunakan duit rakyat Malaysia melabur di AS untuk membeli Boeing dan sebagainya.

READ ALSO  Loh Jack, Nurul Hidayah atlet terbaik Sarawak

“Lawatan (Azmin) amat berbeza. Budiman buat macam itu untuk alih pandangan,” katanya.

Sebanyak 14 perjanjian melibatkan pelaburan lebih RM143 bilion, termasuk pembabitan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion dimeterai dalam lawatan rasmi 6 hari Datuk Seri Najib Razak ke China pada November tahun lalu.

Ia disusuli lawatan kerja 5 hari Najib ke China mulai 12 Mei lalu atas jemputan Presiden Xi Jinping.

Adun BN bidas lawatan Azmin ke China bukti pembangkang hipokrit

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.