“Saya presiden untuk semua” | Harian Metro

BEKAS Speaker Parlimen, Halimah Yacob, diisytiharkan Presiden Singapura hari ini, wanita pertama menjawat jawatan berkenaan selepas pihak berkuasa pilihan raya negara itu mengumumkan beliau menang tanpa bertanding.

“Saya presiden untuk semua. Walaupun tiada pilihan raya, tanggungjawab saya bertugas untuk berkhidmat kepada rakyat tetap sama,” katanya.

Menurut Reuters, Singapura memutuskan presiden kali ini dikhaskan untuk rakyatnya yang berketurunan Melayu dan tugas Halimah, 63, Ahli Parlimen Parti Tindakan Rakyat sejak dua dekad lalu, sebagai speaker melayakkannya sebagai calon presiden secara automatik.

Empat pemohon menghantar permohonan namun dua tidak layak kerana bukan berketurunan Melayu manakala dua lagi, ahli perniagaan Melayu, tidak layak kerana syarikat mereka kecil berbanding syarat pilihan raya yang ditetapkan tahun lalu.

Presiden Melayu terakhir di Singapura ialah Yusof Ishak yang potretnya kini menghiasi wang kertas negara itu.

Yusof menjadi presiden antara 1965 hingga 1970.

Sementara itu, AFP melaporkan rakyat Singapura mengkritik pemilihan Halimah tanpa pilihan raya yang dianggap tidak demokratik.

Media sosial dipenuhi kritikan, antaranya pengguna Facebook, Pat Eng menulis: “Seperti jenaka dipilih tanpa pilihan raya.”

Seorang lagi pengguna, Joel Kong, menulis: “Saya akan memanggilnya Presiden Pilihan mulai sekarang manakala ada yang menggunakan hashtag #NotMyPresident – seperti digunakan rakyat Amerika Syarikat selepas Presiden Donald Trump menjadi presiden.

Dalam ucapannya hari ini, Halimah menegaskan statusnya sebagai presiden wanita pertama Singapura yang mempunyai 5.5 juta penduduk bukan ‘hanya sebagai token’.

“Setiap wanita boleh mencapai jawatan tertinggi di negara ini jika anda mempunyai ketabahan, keazaman dan bersedia bekerja keras,” katanya.

Antara kuasa terhad Presiden Singapura ialah hak veto perlantikan pegawai kanan.

READ ALSO  M'sia meterai perjanjian haramkan senjata nuklear | Nasional

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.