Sarjan didakwa terima rasuah RM6,500

JOHOR BAHRU 26 Sept. – Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM6,500, dua tahun lalu.

Tertuduh, Harjinder Singh Saudagar Singh, 53, yang bertugas sebagai Sarjan Pentadbiran Balai di Balai Polis Kota Tinggi bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.


Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan RM4,000 daripada seorang penjual mercun sebagai dorongan melepaskan dua pekerjanya yang disyaki menjual mercun dan bunga api.


Perbuatan itu dilakukan di Balai Polis Kota Tinggi, kira-kira pukul 10 malam, 26 Jun 2015.


Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) didakwa menerima rasuah RM2,500 daripada individu sama bagi tidak mengambil tindakan ke atas perniagaan menjual mercun dan bunga api milik lelaki itu.


Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di No 2, Jalan Kota Kecil, Kota Tinggi, kira-kira pukul 3.20 pagi, 17 Julai 2015 dan di sebuah restoran di Jalan Mangga 1, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, pukul 10.30 malam, 18 Julai 2015.


Mahkamah membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam dibebaskan dengabln ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Tiada kecederaan | Harian Metro

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.