Sarawak tiada masalah dengan Oktoberfest, kata menteri

Menteri Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Oktoberfest bukan festival minum bir tetapi sambutan budaya dan makanan Jerman.

karim-sarawak-3

PETALING JAYA: Sarawak tiada masalah sekiranya Oktoberfest diraikan di negeri itu kerana sambutan itu sebenarnya meraikan kebudayaan dan makanan, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Ketika bantahan terhadap Oktoberfest di Lembah Klang masih berterusan, Karim berkata Sarawak tidak mempunyai isu dengan acara itu selagi ia tidak dipromosikan sebagai festival meminum bir semata-mata kerana Oktoberfest bukan mengenai arak.

“Di Malaysia, ada tanggapan salah mengenai Oktoberfest dan dipromosikan di kedai minum sebagai festival minum bir.

“Sejak zaman saya bersekolah lagi, saya nampak hotel di Sarawak menganjurkan Oktoberfest dan saya hairan mengapa ia menjadi isu pada 2017.”

Karim bagaimanapun tidak bersetuju jika mana-mana pihak menganjurkan festival minum arak kerana dasar kerajaan ialah tidak mengalakkan pengambilan alkohol dan itu termasuk mempromosikan minum alkohol.

“Adakah Oktoberfest festival minum semata-mata? Tidak. Oktoberfest ialah festival makanan dan kebudayaan, dan bagi orang Jerman, minum bir itu perkara biasa.”

Menteri itu berkata sekiranya orang bukan Islam mahu sambut Oktoberfest, mereka boleh berbuat demikian dan terpulang kepada mereka sama ada mahu mengambil arak atau tidak seperti orang Jerman.

“Orang Islam juga boleh sambut Oktober, sebagai festival makanan dan kebudayaan, cuma tak mengambil alkohol.”

“Kita mesti ingat Malaysia negara berbilang agama dan kaum. Orang Islam tidak boleh paksa orang bukan Islam makan atau minum sesuatu yang tidak dibolehkan untuk orang Islam.”

Karim menegaskan perkara itu terutama sekali di Sarawak di mana pengambilan alkohol dalam kalangan orang bukan Islam sebahagian budaya mereka.

READ ALSO  Muzium Sarawak berwajah baharu pada 2020

“Jika orang Islam di Sarawak tidak bertolak ansur dan cuba memaksanakan kepercayaan mereka pada orang bukan Islam, kita akan lihat perpaduan masyarakat Sarawak berpecah.”

Bantahan terhadap Oktoberfest bermula dengan seruan daripada PAS yang mahu Festival “Better Beer” 2017 dihentikan.

Sambutan itu dijadualkan pada 6 & 7 Oktober di Galeri Beli Belah Publika di Kuala Lumpur, tetapi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan permit menganjurkan acara itu, walaupun ia pernah disambut di ibu negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dalam satu kenyataan berkata acara itu dibatalkan atas sebab keselamatan kerana militan merancang untuk melakukan sabotaj.

Penganjur, MyBeer Malaysia, sebelum itu berkata pihak berkuasa memaklumkan pesta bir itu “sensitif dari segi politik”.

Pembatalan itu menyusuli bantahan daripada PAS, di mana Ahli Jawatankuasa Pusatnya, Riduan Mohd Nor melabelkan acara itu sebagai “pesta maksiat” yang boleh menyebabkan Kuala Lumpur dikenali dunia sebagai pusat maksiat terbesar di Asia.

PAS hari ini juga menyuarakan bantahan kepada penganjuran festival makanan dan minuman Jerman di sebuah pusat beli belah di Klang, Selangor.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.