Sarawak bangkit kejutkan Kedah 4-2 di Stadium Negeri








TERKINI

Sarawak bangkit kejutkan Kedah 4-2 di Stadium NegeriSarawak bangkit kejutkan Kedah 4-2 di Stadium Negeri

27/09/2017 10:26pm

Oleh TAUFIK SALIMIN


Penyerang Sarawak, Mateo Roskam (tengah) mengasak penjaga gol Kedah, Mohd Ifwat Akmal (kanan) ketika perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Negeri Petra Jaya, di sini malam ini

KUCHING – Pasukan Sarawak bangkit dengan penuh bergaya daripada ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama apabila membenam Kedah 4-2 dalam saingan Liga Super 2017 di Stadium Negeri di sini malam ini.

Pada perlawanan itu, tuan rumah dikejutkan seawal minit ketujuh apabila skuad Helang Merah menerusi pemain import, Ken Ilso Larsen menjaringkan gol pendahuluan.

Kedah kemudian menambah tekanan Sarawak apabila menambah gol kedua permainan menerusi Baddrol Bakhtiar pada minit ke-45.

Memasuki babak kedua, Sarawak mempamerkan kebangkitan luar biasa apabila berjaya membolosi gawang Kedah pada minit ke-53 menerusi Nur Shamie Iszuan Amin.

Tiga minit kemudian, Sarawak berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Mateo Roskam.

Mateo Roskam kemudiannya sekali lagi menambah derita Kedah apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-63.

Perlawanan kemudiannya bertukar sedikit tegang selepas Baddrol Bakhtiar dilayangkan kad merah akibat mengasari Nur Shamie Iszuan pada minit ke-75.

Kelebihan beraksi dengan 11 pemain dimanfaatkan sepenuhnya Sarawak apabila kapten, Mohd. Hairol Mokhtar menambah gol keempat skuad Bujang Senang pada minit ke-76.

Kemenangan itu membolehkan Sarawak terselamat seketika daripada zon penyingkiran selepas naik ke tangga ke 10 dengan mengumpul 20 mata.

Kedah pula kekal di tangga ketiga dengan 34 mata. –

READ ALSO  Tanah runtuh di Taman Suria







Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.