Saman terhadap muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik – JAHEAIK








TERKINI

Saman terhadap muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik – JAHEAIKSaman terhadap muslim berseluar pendek lebih bersifat mendidik – JAHEAIK

27/09/2017 7:11pm

Gambar hiasan

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menegaskan tindakan saman terhadap lelaki dan wanita Islam yang berpakaian tidak sopan lebih bersifat mendidik berbanding hukuman denda.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata individu yang menerima notis saman daripada pihaknya hanya diminta menghadiri sesi kaunseling tetapi jika ingkar boleh dikenakan denda RM1,000.

“Sebelum ini pun memang ada individu yang dikenakan tindakan sama (saman) tetapi selepas menghadiri sesi kaunseling mereka faham dan tidak dikenakan denda,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas seorang lelaki berusia 30 tahun menularkan dalam media sosial tindakan Jaheaik mengeluarkan notis saman kepadanya kerana memakai seluar pendek baru-baru ini.

Lelaki terbabit mendakwa dia hanya berhenti di sebuah gerai menjual burger dengan memakai seluar pendek kerana baru selesai bermain futsal.

Mohd Fadzuli berkata tindakan jabatannya adalah amalan biasa kerana sebelum ini seramai 85 individu menghadiri sesi kaunseling yang diadakan dalam tempoh Januari hingga Mei lepas manakala 72 orang lagi akan mengikuti sesi kedua kaunseling bulan depan.

Beliau berkata tindakan terhadap individu Islam yang berpakaian tidak sopan dilakukan mengikut Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 Negeri Kelantan.

JAHEAIK sentiasa menyertai operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, katanya.

READ ALSO  Melaka United mahu tembusi JDT

Beliau berkata dalam operasi bersepadu bersama beberapa agensi penguat kuasa pada Isnin lepas (25 Sept) di Jalan Kuala Krai di sini, pihaknya telah membuat pemeriksaan di lokasi tersebut dan mengeluarkan 11 saman dalam kategori tidak sopan ke atas tujuh lelaki Islam berseluar pendek dan empat wanita Islam tidak bertudung dan berpakaian ketat.

Katanya kesemua yang diserahkan notis saman diarahkan untuk hadir sesi kaunseling yang bertujuan bagi mendidik umat Islam supaya berpakaian sopan menutup aurat khususnya di tempat awam. – Bernama









Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.