Saman Nik Nazmi terhadap bekas peguam negara, kerajaan dibicarakan

Nik Nazmi mendakwa tindakan Abdul Gani mendakwanya sebanyak 2 kali atas pertuduhan sama mencemarkan maruahnya dan menggambarkannya sebagai seorang penjenayah.

nik-nazmi-Abdul-Gani-PatailPUTRAJAYA: Saman dikemukakan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia berhubung pendakwaan berniat jahat susulan penahanannya sebanyak 2 kali bagi kesalahan sama, akan dibicarakan pada 16 dan 17 Oktober.

Ini ekoran penolakan rayuan Abdul Gani dan kerajaan oleh Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Mei tahun ini yang menolak permohonan mereka untuk membatalkan saman Nik Nazmi.

Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dan Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan mewakili Abdul Gani dan kerajaan, manakala peguam Syahredzan Johan bagi pihak Nik Nazmi.

“Kami sebulat suara. Kami menolak rayuan tanpa mengeluarkan perintah berkaitan kos,” kata Hakim Umi Kalthum.

Di luar mahkamah, Syahredzan memberitahu pemberita, dengan keputusan itu, perbicaraan akan berlangsung pada 16 dan 17 Oktober di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pada 31 Mac 2015 Nik Nazmi memfailkan saman terhadap Abdul Gani, yang ketika itu peguam negara, atas dakwaan melakukan pendakwaan berniat jahat kerana bertindak mendakwanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya buat kali kedua pada 6 Mei 2014 mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ini walaupun Mahkamah Rayuan pada 25 April 2014 membenarkan permohonannya untuk menggugurkan pertuduhan dihadapinya mengikut akta sama.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Nazmi menegaskan beliau sebelum itu didakwa di Mahkamah Sesyen yang sama pada 17 Mei 2013 atas dakwaan menganjur perhimpunan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mei 2013.

READ ALSO  'Anak dipijak, kemaluan ditusuk raifal' | Nasional

Beliau mendakwa pada 6 Mei 2014, Mahkamah Sesyen membebaskan dan melepaskannya selepas memutuskan ia terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman tidak berperlembagaan.

Nik Nazmi mendakwa tindakan Abdul Gani mendakwanya sebanyak 2 kali atas pertuduhan sama mencemarkan maruahnya dan menggambarkannya sebagai seorang penjenayah.

Beliau menuntut ganti rugi khas sebanyak RM80,000, ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.