Saman fitnah: Harris Salleh diberi ganti rugi RM600,000

PUTRAJAYA 26 Sept. – Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee supaya membayar ganti rugi RM600,000 kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh kerana fitnah berhubung tragedi ‘Double Six’.

Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim membenarkan rayuan Harris untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Teck Lee bertanggungjawab kerana membuat kenyataan berbaur fitnah.

Mahkamah bagaimanapun mendapati ganti rugi RM1 juta yang dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada Harris adalah berlebihan dan mengurangkan jumlah itu kepada RM600,000.

Mahkamah turut membenarkan faedah lapan peratus ke atas ganti rugi itu bermula dari tarikh penghakiman Mahkamah Tinggi pada 29 Februari 2012, dan jumlah keseluruhan kos RM200,000.

Harris menyaman Teck Lee dan SAPP kerana fitnah berhubung tragedi ‘Double Six’ yang mengorbankan ketua menteri ketika itu, Tun Fuad Stephens dan 10 orang lain di dalam pesawat Nomad yang terhempas pada 7 Jun 1976.

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah menegaskan bahawa Teck Lee hanya menyiarkan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah dengan beberapa huraian lanjut dan beliau tidak menyemak semula fakta berkaitan dakwaan itu.

Ahmad berkata, mahkamah membenarkan rayuan Harris atas alasan berbeza berbanding alasan yang disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Abdul Rahman Sebli (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Hakim lain yang turut bersidang dalam panel itu ialah Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Aziah Ali.

Harris menang kesnya di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tetapi berikutan rayuan Teck Lee, Mahkamah Rayuan pada 18 November 2013 meminda keputusan itu.

READ ALSO  350,000 berhimpun tuntut penyatuan Sepanyol

Hakim Abdul Rahman dalam keputusannya berkata, beliau mendapati Teck Lee telah “melampau batas” apabila beliau menyindir Harris “memikul tanggungjawab atas kematian orang lain”, sungguhpun tiada salahnya bagi Teck Lee menggesa supaya kemalangan udara itu disiasat semula.

Ini menyebabkan Harris membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan dan beliau diberi kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Hakim Trevor Maringking mewakili Harris manakala peguam Shim Mong Seng pula bagi pihak Teck Lee serta SAPP. – BERNAMA

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.