Sabah, Sarawak tidak boleh ‘bernafas’ pada era Tun M | Politik

KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak ditadbir secara ‘ketat’ pada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata pada zaman pentadbiran Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri itu mengambil kesempatan terhadap Sarawak sehingga mengabaikan pembangunan fizikal di negeri itu.

“Kita tahu cara Dr Mahathir, beliau mentadbir secara mengawal dengan ketat Sabah dan Sarawak. Waktu itu Sabah dan Sarawak tidak boleh ‘bernafas’ tidak seperti di bawah kepemimpinan Najib.

“Kerana waktu itu kuasa politik Barisan Nasional (BN) yang kuat, Dr Mahathir ambil kesempatan terhadap Sarawak. Beliau ‘terlepas pandang’ tidak cuba beri prasarana seperti Lebuhraya Pan-Borneo seperti Najib lakukan sekarang.

“Beliau tidak cuba melihat masalah kawasan pedalaman di Sarawak. Waktu itu saya Menteri Pembangunan Luar Bandar, kita (kerajaan) cuma tengok secara am saja. Baru sekarang beliau gambarkan (kaji semula Perjanjian Malaysia 1963).

“Sepatutnya beliau gambarkan kepada kami ketika menjadi Perdana Menteri ketika itu. Sewaktu ada mandat beliau tidak hendak buat, waktu tidak ada mandat baru hendak buat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program BICARA BH: PRU14: Antara Mimpi & Realiti di Balai Berita, Bangsar di sini, hari ini. Pengarang Bersekutu (Ehwal Semasa) BH, Kadir Dikoh bertindak selaku moderator dalam program itu.

Annuar berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya cuba memperbodohkan rakyat Sarawak dengan hendak mengkaji semula Perjanjian Malaysia.

“Orang Sarawak bijak berpolitik dan mereka sentiasa dinamik. Saya fikir ada perkara tertentu yang mereka suarakan itu memang menjadi hak orang Sarawak.

“Malah, Najib dengan pendekatan terbukanya bersedia melihat perkara itu kerana menyedari Sarawak punyai hak tetapi ia boleh dirunding secara jujur dan ikhlas,” katanya.

READ ALSO  Boleh dapat lesen tahun depan


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.