Ronaldo merasai kehilangan peminatnya

MADRID 25 Sept. – Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo menghantar mesej solidariti kepada keluarga peminatnya yang terbunuh dalam bencana gempa bumi di Mexico.

CRISTIANO RONALDO – Agensi

Ronaldo memuatnaik gambar di Twitter sambil memegang jersi Real Madrid dengan tertera mesej ‘Kepada pemain No. 1 saya, Santiago.

Media Sepanyol melaporkan mesej yang tertera di atas jersi tersebut merujuk kepada Santiago Flores, seorang kanak-kanak yang terbunuh dalam bencana itu di sekolah pada Selasa lalu dengan skala magnitud gempa bumi 7.1.

Ahad lalu, Ronaldo turut memuatnaik Twitter dengan berkata ‘dalam kesedihan ini, saya menghantar satu pelukan besar kepada keluarga Santiago dan semua keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Dalam pada itu, Atletico Madrid dilaporkan menderma 50,000 euro (RM25 juta) bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi. – AGENSI

READ ALSO  Suspek kes nahas ragut nyawa suami isteri serah diri

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.