Remaja OKU lemas jatuh kolam ketika swafoto

ALOR SETAR 24 Sept. – Seorang remaja ditemukan mati lemas di sebuah kolam terbiar berhampiran sebuah perumah di Bandar Puteri Jaya di Sungai Petani, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Mohammad Nor Faizal Osman, 19, yang merupakan OKU masalah pembelajaran dikatakan tergelincir ke dalam kolam itu ketika mahu mengambil gambar swafoto bersama lima rakannya.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Penguasa Bomba II, Azlan Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 5.21 petang.

“Mayat remaja itu ditemukan berhampiran lokasi dia terjatuh selepas kira-kira 10 minit melakukan operasi mencari mangsa,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden Saifi Abdul Hamid, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH) di sini untuk dibedah siasat.

READ ALSO  Facebook says likely Russian-based operation spent money on ads on issues


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.