Redah banjir demi beri Oye makan

Kangar: Seorang lelaki warga emas, Abdullah Rahman, 65, sanggup meredah air banjir sedalam kira-kira 0.5 meter sejak tiga hari lalu demi memberi makanan kepada kucing kesayangannya, Oye.

Mangsa banjir kilat di Tebing Tinggi, Kangar ini mengakui, dia berbuat demikian bagi memastikan kucing jantan berusia tiga tahun itu sentiasa sihat dan cukup makan.

“Saya bersama isteri serta tiga orang anak berpindah ke Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong sejak hari pertama banjir.

“Bukan tidak mahu membawa Oye bersama tetapi khuatir hilang. Lagipun ‘saudaranya’, Oya sudah lama mati dilanggar kereta, jadi kami tidak mahu kehilangan kucing lagi,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Katanya, dia akan berulang alik tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk memberi makan kepada kucing peliharaannya.

Ditanya mengenai banjir yang melanda kawasannya, pesara tentera itu berkata, walaupun sudah berulang kali mengalami banjir kilat, kali ini yang paling teruk.

“Minggu lalu banjir juga tetapi paras buku lali sahaja. Kali ini sehingga paras pinggang,” katanya.

READ ALSO  Unilever spreads whets private equity appetite as deadline nears


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.