Rebiu: Motorola Z2 Play








TERKINI

Rebiu: Motorola Z2 PlayRebiu: Motorola Z2 Play

28/09/2017 3:20pm

Pandangan hadapan dan belakang tampil kemas dengan reka bentuk logam.

MOTOROLA antara jenama ikonik terutama ketika era pengenalan telefon bimbit pada awal tahun 90-an dengan beberapa model cukup terkenal saat itu menerusi siri StarTAC.

Apabila era telefon pintar diperkenalkan ia mengalami kemerosotan dalam permintaan peranti keluarannya sehingga terpaksa bertukar ganti pemilik semata-mata mahu memastikan jenama itu terus kekal dalam pasaran.

Kini dengan penjenamaan semula di bawah syarikat gergasi China, Lenovo, Motorola kembali bersaing dalam pasaran peranti pintar dengan beberapa pilihan menarik buat pengguna.

Di atas kertas, Moto Z2 Play direka nipis, ringan dan laju serta boleh ditukar menjadi projektor tayangan filem dengan menggunakan aksesori Moto Mods.

Ia menjadi taruhan terbaharu Motorola dalam meraih kembali keyakinan pembeli bahawa jenama ini masih kekal relevan baik dari segi reka bentuk, fungsi dan nilai pada wang.


Pandangan bawah dan sisi Moto Z2 Play.

Reka Bentuk

Secara keseluruhan, binaan logam yang digunakan pada Moto Z2 Play selesa dipegang dengan kesemua bucu serta segi pada badan telefon telah dibulatkan memberikan rasa kemas dan tidak langsung mempunyai isu ketika mengenggam.

Dari sudut negatif, rekaan kamera belakang sedikit janggal kerana ia timbul dan tidak sekata dengan permukaan bahagian belakang. Ia nampak terlalu ketara dan sering menarik perhatian orang ramai disebabkan bonjolan tersebut.

Pengunaan harian tanpa aksesori Moto Mods sedikit menggangu kerana bonjolan kamera terlalu tinggi dan kadang-kala menimbulkan sedikit rasa risau jika lensa tercalar atau retak ketika telefon diletak atas permukaan kasar dan keras.

READ ALSO  Rasa belum cukup popular | Harian Metro

Bagaimanapun sepanjang tempoh rebiu, tiada perkara buruk berlaku terhadap lensa kamera belakang.

Butang kuasa diletakkaan sebelah sisi kanan telefon bersama-sama butang suara. Sisi kiri telefon dibiarkan kosong tanpa sebarang butang diletakkan di situ.

Motorola meletakkan satu butang seperti butang rumah pada bahagian hadapan, namun ia sebenarnya berfungsi sebagai pengimbas cap jari.

Kuasa

Keluar kotak Moto Z2 Play mempunyai kuasa bateri 3,000 mAh dengan pengecas turbo. Ia didakwa mampu bertahan selama lapan jam dengan sekali cas selama 15 min menggunakan pengecas TurboPower.

Sepanjang tempoh rebiu ini dibuat, kuasa bateri tidak mempunyai isu besar kerana pada pengunaan sederhana, Moto Z2 Play mampu bertahan seharian tanpa perlu dicas.

Secara peribadi, Motorola patut meningkatkan kuasa bateri tersebut melebihi 3,000 mAh kerana angka tersebut dianggap kecil memandangkan generasi Y cenderung berada di alam maya dan media sosial dalam tempoh panjang.

Oleh itu sedikit tambahan kuasa mungkin boleh memberikan perbezaan untuk pengguna di luar sana memilih Moto Z2 PLay.

Perkakasan

Moto Z2 Play dilengkapi pemproses Qualcomm Snapdragon 626, CPU lapan teras bersama Adereno 506 berserta sistem operasi Android Nougat 7.1.1.

Ia turut didatangkan dengan memori sedia terbina sebesar 64 gigabait (GB) dan mampu menyokong kad microSD sehingga dua terabait berserta 4GB RAM.


Butiran pada imej jelas, warna sama seperti warna asal tanpa terlalu banyak campur tangan perisian kamera.

Kamera

Motorola mendakwa setiap foto yang dirakam sama ada siang ataupun malam ia mampu menghasilkan imej terbaik dengan menggunakan kombinasi laser dan piksel dwi-fokus.


READ ALSO  KPDNKK jalin kerjasama dengan ATM kekang penyeludupan barang kawalan

Realitinya, foto yang dirakam ketika saat cahaya rendah ataupun pada siang hari memadai. Motorola Z2 Play tampil ringkas pada pilihan menu kameranya dan tidak ada banyak perkara perkara boleh diperkatakan kecuali ia turut dilengkapi mod profesional sememangnya menjadi satu kemestian buat peranti pintar masa kini.

Lensa 12 mega piksel (MP) pada kamera utama dan 5MP pada perakam hadapan bersama swafoto luas sedikit sebanyak menjadikan peranti ini mampu bersaing dengan jenama lain.

Paling menarik, pengguna boleh mengawal jumlah cahaya pada imej menggunakan ‘fokus ring’ dengan menyentuh skrin ketika gambar diambil.

Ia turut memiliki apertur lebih besar iaitu f1.7 yang menjanjikan 25 peratus lebih cahaya berbanding model terdahulu.


Pengguna boleh mengawal masuk jumlah cahaya menggunakan ‘fokus ring’ (kiri) dan zum sehingga 8x.

Kesimpulan

Moto Z2 Play merupakan peranti pintar seronok dibawa, ia ringan dan selesa dipegang. Binaan logam yang digunakan kemas dengan kemasan warna menarik.

Jika ditanya sama ada berbaloi atau tidak menggeluarkan duit poket sebanyak RM1,999, ia merupakan satu pembelian wajar. Didatangkan dengan dua pilihan warna, pengguna boleh memilih sama ada Lunar Gray atau Fine Gold. –

Info Moto Z2 Play:

Pemproses:

Qualcomm® Snapdragon™ 626 processor, 2.2 GHz Octa-Core CPU dan Adreno 506 GPU

Sistem Operasi:

Android™ 7.1.1, Nougat

Paparan:

5.5″ Full HD 1080p AMOLED display (1920 x 1080)

Corning® Gorilla® Glass

Storan:

64 GB, sehingga storan luar 2 TB

Memori:

4GB LPDDR3

Kamera:

12MP 1.4um Dwi-fokus auto f/1.7, 5 MP 1.4um f/2.2

READ ALSO  Pusat pemindahan mangsa gas bocor ditutup malam tadi

Bateri:

3000 mAh, pengecas turbo

Sim:

Nano-sim







Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.