Rasuah bagi bekal al-Quran | Harian Metro

Jakarta: Seorang ahli politik dihukum penjara empat tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah berkaitan projek kerajaan untuk membeli al-Quran pada 2012.

Mahkamah Rasuah kelmarin turut mengarahkan Fahd El Fouz daripada Parti Golkar membayar denda berjumlah Rp200 juta (RM14,858).

Fahd didapati bersalah menerima Rp14.3 bilion (RM1.1 juta) daripada pengarah PT Sinergi Pustaka Indonesia, Abdul Kadir Alaydrus, syarikat yang dilantik kerajaan bagi membekalkan al-Quran.

Dia bersama seorang lagi bekas ahli politik Golkar, Zulkarnaen Djabar mempengaruhi kementerian untuk memilih syarikat itu menjadi pembekal.

“Kami mendapati Fahd El Fouz bersalah kerana menerima rasuah,” kata ketua hakim, Hariono yang dipetik Kompas.com.

Mahkamah dilaporkan turut mempertimbangkan tindakan Fahd yang menyerahkan semua wang rasuah yang diterimanya kepada kerajaan.

READ ALSO  Saya tak akan maafkan pihak bakar pusat tahfiz, kata ibu mangsa


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.