Rasa bahang ketika tidur | Kes

REMBAU: “Ketika itu saya sedang tidur tetapi tiba-tiba terasa haba dan beberapa rakan memanggil supaya keluar dari asrama,” kata Nurul Shazana Ahmad Faizal, 16.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Tinggi Islam As Sofa itu berkata, dia yang ketika itu demam terus berlari keluar bersama rakan lain menuju ke dewan dan surau yang di tempatkan di belakang asrama.

Katanya, ketika itu keadaan agak panik kerana semua pelajar cemas untuk menyelamatkan diri, tetapi tidak berlaku tolak menolak.

“Ketika berlari keluar saya nampak api di bahagian siling serta luar tingkap dan terus keluar dari asrama tanpa sempat menyelamatkan buku serta dokumen penting,” katanya ketika ditemui di asrama perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa di Kampung Nerasau, Kota di sini.

Kira-kira jam 1.40 pagi tadi, asrama sementara pelajar perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa yang menempatkan seramai 37 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun, terbakar kira-kira 80 peratus namun semua pelajar sempat menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari bangunan satu tingkat itu.

Asrama itu terletak kira-kira dua kilometer dari Sekolah Tinggi Islam As Sofa dan asrama pelajar lelaki yang terletak di Chengkau di sini.

Sementara itu ibu Nurul Shazana, Suhaila Yaacub, 43, berkata dia mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira jam 5 pagi apabila dimaklumkan warden asrama.

Katanya, pada mulanya dia menyangka warden menelefon kerana demam anaknya semakin teruk.

“Namun sebaik dimaklumkan asrama terbakar, saya terus terbayangkan kejadian kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tetapi syukur semua pelajar selamat,” katanya yang tinggal di Shah Alam, Selangor.

READ ALSO  NIOSH lihat keselamatan sekolah - TPM | Nasional


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.