Rakyat, negara lebih aman tanpa DAP

KUALA TERENGGANU 30 Sept. – Parti Cinta Malaysia (PCM) yakin suasana kehidupan rakyat pelbagai kaum dan negara akan lebih aman dan sejahtera tanpa kewujudan parti DAP dalam arena politik tanah air.

Huan Cheng Guan

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan mendakwa parti itu bergerak mencari pengaruh atas dasar perkauman yang meretakkan perhubungan kaum dengan menanamkan kebencian dalam keghairahan meraih kedudukan dan kuasa.

Malah pemimpin, Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa bersikap bagaikan diktator dalam menerajui negeri itu tanpa melakukan perubahan untuk membela nasib rakyat terutama orang Melayu.

“Selama sembilan tahun memerintah, bagi saya tak ada yang dia buat. Janji hanya tinggal janji. Di Pulau Pinang tarif air sudah naik empat kali, bina rumah, kondominium hanya mampu tengok, bukan mampu milik.

“Saya rasa Malaysia akan lebih aman dan makmur tanpa DAP,” katanya yang menyifatkan permainan politik DAP berbahaya ketika berucap sempena malam kemuncak Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, di sini malam ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat agar menolak Guan Eng dan DAP keseluruhannya kerana parti itu dilihat boleh memecahkan keharmonian kaum di negara ini.

Sementara itu, Cheng Guan turut memuji Pas dengan menyifatkan parti itu jauh lebih baik daripada DAP khususnya melibatkan dalam kalangan pemimpinnya bebas rasuah.

“Ia berbeza dengan DAP yang mana Guan Eng sendiri juga dikaitkan dan didakwa atas tuduhan rasuah. Pemimpin Pas mana pernah didakwa atau ditangkap sebab rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi cadangan agar himpunan Fastaqim yang menarik kehadiran 200,000 orang malam ini diadakan di Pulau Pinang selepas ini bagi mengejutkan DAP. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Sengsara segenap arah [METROTV] | Harian Metro

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.