Rakyat Malaysia ke Bali diminta maklumkan kedutaan








TERKINI

Rakyat Malaysia ke Bali diminta maklumkan kedutaanRakyat Malaysia ke Bali diminta maklumkan kedutaan

30/09/2017 11:03am

Gunung berapi Gunung Agung di Bali.

JAKARTA – Rakyat Malaysia yang datang ke Bali sama ada untuk bercuti atau urusan lain, diingatkan sekali lagi agar memaklumkannya kepada Pejabat Konsul Kehormat Malaysia di pulau itu bagi memudahkan komunikasi berikutan gunung berapi Gunung Agung masih berstatus ‘awas’.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pada masa ini pihaknya dan Pejabat Konsul Kehormat sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang berada di Bali terutamanya pelajar, ekspatriat dan pelancong.

“Pihak kedutaan juga telah menyelaras dengan pelajar-pelajar Malaysia di Bali untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Sebelum ini, pihak konsulat telah menghubungi beberapa pelajar Malaysia yang berada di dalam zon bahaya iaitu dalam lingkungan 12 kilometer dari puncak gunung agar berpindah ke tempat selamat.

Zahrain turut meminta nasihat serupa dikeluarkan oleh syarikat penerbangan Malaysia yang membawa rakyat Malaysia ke Bali. – Bernama







READ ALSO  Kes rogol dan doping: ASUM serah kepada pihak berwajib

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.