Rakyat Malaysia dilarang ke Korea Utara | Nasional

 

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dilarang pergi ke Korea Utara hingga diberitahu kelak.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, larangan itu dikeluarkan susulan ketegangan yang semakin meningkat susulan beberapa siri ujian peluru berpandu oleh Korea Utara.

Katanya, larangan perjalanan itu akan disemak semula selepas situasi di negara itu kembali normal.

Untuk maklumat lanjut, rakyat Malaysia boleh hubungi Kementerian Luar di talian +603-80008000 (waktu bekerja) atau +603-88874570 (selepas waktu bekerja),” kata kenyataan itu, hari ini.

Ketika ini, pasukan bola sepak Malaysia dijadual bertemu dengan Korea Utara bagi aksi ketiga Kelayakan Piala AFC 2019 Kumpulan B di Pyongyang pada 5 Oktober depan, namun tidak dapat dipastikan sama ada larangan perjalanan itu bakal menjejaskan perlawanan berkenaan.

READ ALSO  Woodburn hidup peluang Wales ke Russia | Bola


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.