Raja Muda berbasikal tinjau banjir di Bintong

KANGAR 27 Sept. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli berbasikal untuk meninjau keadaan di Kampung Tebing Tinggi dan Wang Besar di Bintong di sini malam tadi, iaitu dua buah kampung yang paling teruk ditenggelami banjir pada kali ini.

Baginda juga turut singgah di terowong tebatan banjir di Tebing Tinggi sebelum dipersembah taklimat oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Ir Abdul Najib Abdullah.

Lawatan itu sempena Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli ke Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat negeri, Rela Ahmad, Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengarah JKM negeri, Mohammad Hazam Ismail.

Baginda mengambil kesempatan itu untuk bertemu dengan mangsa yang masih ditempatkan di PP dan menunaikan solat maghrib berjemaah.

Sementara itu dalam titah baginda, berharap supaya keharmonian, sensitiviti dan suasana di PP sentiasa dijaga serta janganlah jika ada insiden yang kecil diperbesar-besarkan.

“Oleh kerana PP ini merupakan sekolah, maka segala peraturan seperti larangan merokok hendaklah sentiasa dipatuhi,” titah baginda

Baginda bertitah, elakkan daripada melakukan sebarang kerosakan di PP dan sikap tidak bertanggungjawab. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  `Tok' Sultan selamanya bagi saya | Nasional


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.