Pusat tahfiz guna peguam pemerhati | Kes

KUALA LUMPUR: Pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, mendapatkan khidmat peguam pemerhati bagi waris mangsa yang terkorban dalam kebakaran pada 14 September lalu.

Pengetua pusat tahfiz berkenaan, Mohd Zahid Mahmood, berkata pihaknya mengikuti setiap perkembangan siasatan kes berkenaan, termasuk proses pendakwaan di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, di sini, semalam.

“Dalam prosesn pendakwaan itu, peguam yang hadir adalah Bosetamam Ahmad dan Tajudin Razak. Kehadiran mereka direkodkan oleh mahkamah.

“Pada masa ini, pihak kami juga sudah mengambil inisiatif untuk mendapatkan peguam yang sudi dan sedia memberikan perkhidmatan mereka secara percuma sebagai peguam pemerhati, mewakili pusat tahfiz dan waris yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, barisan peguam berkenaan akan diketuai oleh seorang peguam yang dilantik iaitu Abdul Razak Muhidin.

“Insya-Allah, semasa proses sebutan di Mahkamah Majistret pada 28 November depan, peguam sukarela ini akan hadir dalam prosiding mahkamah sebagai peguam pemerhati bagi pihak tahfiz dan waris yang memilih untuk diwakili,” katanya.

Mohd Zahid berkata, mana-mana waris yang ingin diwakili peguam pemerhati juga boleh menghubungi pengurusan Darul Quran Ittifaqiyah untuk diselaraskan.

Beliau juga berharap semoga tuhan menzahirkan kebenaran dan keadilan melalui proses mahkamah itu.

Kebakaran yang berlaku 14 September lalu mengorbankan 21 pelajar dan dua guru, yang juga warden pusat tahfiz berkenaan.

Semalam, Majistret Siti Radziah Kamaruddin, menetapkan 28 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes ke atas dua remaja yang dituduh membunuh 21 pelajar dan dua warden pusat tahfiz berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

READ ALSO  Seorang lagi suspek ditahan | Kes


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.