Pusat konvensyen, taman rekreasi dibina bersama – MPAJ

AMPANG 29 Sept. – Cadangan pembinaan Pusat Konvensyen di atas tapak rezab kemudahan awam berhampiran dengan gedung beli-belah Melawati Mall di Taman Melawati, di sini, turut disertakan dengan taman rekreasi.

ABDUL HAMID HUSSAIN

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Hamid Hussain berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira keperluan serta kesesuaian tapak untuk pembinaan projek berkenaan.

“Melihat kepada status tanah tersebut adalah untuk kegunaan awam, kita boleh membangunkan kedua-dua projek itu yang boleh dibahagi kepada dua projek iaitu dewan dan taman rekreasi.

“Buat masa ini, MPAJ melihat tapak itu adalah yang paling sesuai untuk dibangunkan pusat konvensyen atas beberapa faktor termasuk kemudahan tempat letak kenderaan dan akses yang mudah,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPAJ hari ini.

Beliau mengulas berhubung tindakan segelintir penduduk di kawasan berkenaan yang membantah projek tersebut dan didakwa akan dibawa kes itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Cadangan pembinaan projek untuk manfaat bersama itu bakal dibina di atas tapak keluasan 1.2 hektar membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM25 juta.

Mengulas lanjut, Abd. Hamid berkata, MPAJ menjangka projek berkenaan akan mula dilaksanakan selewat-lewatnya pada Januari tahun depan.

“Sekarang, kita sedang melantik konsultan dan selepas projek itu dimulakan ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seramai 2,500 orang bakal menyertai acara larian Ampang Jaya Night Run 2017 (AJNR2017) yang akan berlangsung malam esok.

“Acara ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Fun Run 5 Kilometer dan kategori terbuka sejauh 10 km,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  4 Remaja dikhuatiri sesat | Harian Metro


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.