Pulut kuning ikon wanita | Harian Metro

Kecekalannya sebagai wanita dan ibu sememangnya tidak dapat disangkal. Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon dan ahli perniagaan, Zarina Zainuddin tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga tercinta.

Perkongsiannya di Instagram juga menerima pelbagai reaksi daripada masyarakat, sekali gus ramai menjadikannya sebagai contoh.

“Ramai yang melihat dan memberikan pelbagai reaksi apabila saya kerap berkongsi pengalaman membesarkan dua anak autisme di Instagram.

“Ada juga ibu bapa yang datang dan bertemu saya. Mereka minta saya berkongsi tip menguruskan anak-anak istimewa ini,” katanya.

Walaupun pasangan kembar, Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal), 21, anak istimewa, dia mahu dua puteranya itu menjalani kehidupan seperti orang lain.

“Dari segi perilaku, mungkin mereka berbeza. Namun, saya tak mahu jadikan itu sebagai alasan untuk membiarkan mereka hanya duduk di rumah.

“Saya mahu mereka menjalani kehidupan seperti orang normal lain. Kalau saya ke majlis atau ada sesi penggambaran, saya bawa mereka bersama,” katanya.

Kata Zarina, walaupun perlu fokus pada anak-anak, dia masih ada masa terluang mengendalikan perniagaan.

“Saya berniaga pulut kuning dan produk kosmetik. Alhamdulillah, kedua-duanya dapat sambutan.

“Sedikit sebanyak, ia dapat dijadikan sumber kewangan di samping kerja lakonan,” katanya.

Kerana kecekalannya itu juga, Zarina diangkat sebagai ikon wanita untuk acara Variation Zone Festival yang berlangsung pada 13 hingga 17 Disember depan.

“Acara itu membabitkan peniaga yang dikumpulkan di lokasi The Strand, Kota Damansara.

“Selain ada 150 gerai untuk aktiviti jual beli, pengunjung dapat menyertai pelbagai aktiviti dan saya dilantik menjadi ikon peniaga wanita,” katanya.

Zarina berkata, dia ingin membuktikan wanita juga mampu berjaya dalam dunia perniagaan.

READ ALSO  20,273 duduki UPSR di Terengganu esok

“Sebagai wanita, kita tidak semestinya sekadar mengharapkan duit poket daripada suami. Kalau ada masa terluang, sertai dunia perniagaan.

“Menerusi perniagaan pulut kuning, saya dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada wanita yang berminat menjadi ejen jualan,” katanya.



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.