Pukul sampai mati, dua suspek diburu

POLIS buru dua lelaki berusia 20-an dan 30-an kerana disyaki memukul seorang lelaki hingga mati dalam pergaduhan di tempat pembuangan sampah di Blok B, Flat Kampung Melayu, Georgetown, malam Jumaat lalu.

Mangsa, Lim Kok Boon, 33, yang tinggal di Bandar Baru, Air Itam disahkan meninggal dunia 10 pagi tadi selepas pengsan dan cedera teruk di kepala dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek, Mohd Yusri Mohamed, 38, dan Mohammad Razman Saini Anuar,

23, menggunakan topi keledar yang turut ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, ketika kejadian, suspek sedang membungkus dadah

di tempat pembuangan sampah itu sebelum mangsa tiba-tiba muncul menyebabkan suspek terkejut dan terus membuang dadah berkenaan kerana menyangka kehadiran polis.

Menurutnya, selepas memukul mangsa, kedua-dua suspek melarikan diri dari tempat kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan orang ramai yang memiliki maklumat diminta menghubungi talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran.

READ ALSO  Owner of Muslim-only laundrette apologises after rebuke from Johor Sultan

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.