Program Sayangi Komuniti kurangkan isu sosial | Wilayah

SUNGAI PETANI: Program Sayangi Komuniti diharap memberi impak positif kepada usaha mengurangkan isu sosial selain berupaya memenuhi keperluan pembangunan dan kualiti kesejahteraan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup, berkata sebanyak 200 daripada 456 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) seluruh negara dikenal pasti bagi pelaksanaan program itu bermula tahun lalu hingga 2020.

“Projek rintis Program Sayangi Komuniti bermula 2011 dengan mengenalpasti beberapa kawasan panas berisiko tinggi, terutama yang kerap berlaku gejala sosial seperti pecah rumah, gangsterisme dan aktiviti salah laku sosial lain.

“Kawasan yang dipilih menempatkan masyarakat berpendapatan rendah di bandar dan pinggir bandar di perumahan kos rendah, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam yang mempunyai penduduk berbilang kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sayangi Komuniti peringkat negeri ini di Flat Paya Nahu Damai, di sini hari ini.

Katanya, program itu menekankan peranan komuniti Rukun Tetangga yang dapat memberi perkhidmatan daripada masyarakat.

Sementara itu, beliau berkata, pemilihan Flat Paya Damai sebagai lokasi pelancaran program adalah kerana pelbagai isu dan masalah dihadapi penduduk di situ yang memerlukan perhatian segera kerajaan.

READ ALSO  Jelajah Malaysia 2017: 22 jalan ditutup

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.