Presiden Juventus kena pasal mafia

PRESIDEN Juventus Andrea Agnelli digantung selama setahun selepas didapati terbabit dalam urusan penjualan tiket kepada kumpulan penyokong ada kaitan dengan mafia Itali.

Agnelli, 41 didenda sebanyak 20,000 euros (RM99,000) sementara Juventus perlu membayar 300,000 euros (RM1.4 juta) serta tiga pegawai kelab itu turut dikenakan penggantungan.

Dia dituduh membantu menjual tiket dengan tujuan menjual semula kepada penyokong ‘ultras’ untuk mengaut keuntungan.

Ada sesetengah penyokong dikaitkan dengan jenayah terancang.

Agnelli serta kelab itu mahu membuat rayuan.

Pendakwaraya Giuseppe Pecoraro membuat permohonan penggantungan selama 30 bulan dan denda 50,000 euro (RM248,000) terhadap Agnelli pada sesi perbicaraan Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC).

Pecoraro turut meminta agar Juventus bermain dua perlawanan tanpa penyokong.

“Saya berpuashati kerana kami dapat membuktikan setiap seorang yang terbabit didapati bersalah tetapi penemuan ini sangat serius.

“Pada pendapat saya mereka sepatutnya dikenakan hukuman lebih berat, jadi kami akan membuat rayuan,” kata Pecoraro selepas perbicaraan itu.

“Saya rasa pergi ke mahkamah lain juga dapat membantu. Perlu diingat mereka adalah jenayah terancang dan ia sangat serius,” katanya.

Agnelli menafikan berurusan dengan Rocco Dominello, seorang penyokong dikatakan ada kaitan rapat dengan kumpulan mafia N’drangheta berpangkalan di Calabria.

READ ALSO  Alumni perlu bantu semula universiti | Pendidikan


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.