Presiden Juventus digantung setahun | Bola

MILAN: Presiden Juventus, Andrea Agnelli digantung selama setahun atas kesalahan terbabit menjual tiket kepada kumpulan penyokong ultras, kata Persatuan Bola Sepak Itali, sebentar tadi.

Dia turut didenda 20,000 euro (RM99,781) dengan pasukannya iaitu juara bertahan Serie A, Juventus perlu membayar denda sebanyak 300,000 euro (RM1.4 juta).

Agnelli dituduh bertindak menjual tiket kepada penyokong Ultras, yang sebilangan kecilnya dikaitkan dengan kumpulan jenayah terancang.

Tiket itu kemudiannya dijual semula dengan keuntungan berlipat kali ganda.

Tiga pegawai pasukan lain turut dikenakan hukuman penggantungan dan denda 20,000 euro (RM99,781) oleh FIGC selepas dakwaan itu dibuat pendakwa raya Giuseppe Pecoraro.

Pecoraro pada awalnya meminta penggantungan selama 30 bulan dan denda 50,000 euro (RM249,452) ke atas Agnelli.

Dia juga meminta supaya Juventus dikenakan hukuman beraksi di dalam stadium tertutup tanpa kehadiran penyokong. – AFP

READ ALSO  Giroud ledak gol ke-100 untuk Arsenal | Bola


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.