Prasarana, SMRT Corp kerja sama bangunkan RTS

PRASARANA Malaysia Bhd (Prasarana) dan SMRT Corporation Ltd (SMRT Corp) bekerjasama membangunkan dan menjadi operator bagi projek Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura (RTS) yang dijangka beroperasi pada 31 Disember 2024.

Pembangunan projek berkenaan yang dijangka bermula pada 2019 membabitkan dua stesen utama iaitu Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands North di Singapura.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan berkata, kedua-dua negara bakal memeterai memorandum persefahaman (MoU), 31 Disember ini dan membuka tender terbuka untuk projek pembinaan sejurus perjanjian itu dimeterai.

“Projek ini yang dicadangkan untuk dilaksanakan pada 2010 dan pada awal tahun ini kedua-dua negara mengeluarkan kenyataan bersama untuk melaksanakan RTS selepas 13 pusingan perbincangan dilakukan.

“Pembangunan RTS dapat dimanfaatkan 10,000 pengguna bagi setiap hala dalam tempoh sejam sehari perjalanan serta dijangka dapat mengurangkan kesesakan di Tambak Johor,” katanya selepas menyaksikan MoU antara Prasarana dan SMRT Corp di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ini, terdapat 126,000 kenderaan merentasi sempadan Johor Bahru dan Singapura dan 70 peratus daripadanya menggunakan laluan Tambak Johor.

Ketika ditanya mengenai kos pembinaan RTS, Rahman berkata, perkara itu masih belum dapat diputuskan dan nisbah majoriti pelaburan juga tidak diumumkan buat masa ini.

READ ALSO  Think tank calls for vigilance against chemical attacks

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.